Perkampungan al-Araqeeb dirobohkan buat kali ke-111

GURUN NAQAB, 6 Apr 2017 (DOP) — Rejim Zionis hari ini sekali lagi memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqeeb di Gurun Naqab, buat kali ke-111.

Al-Araqeeb merupakan salah satu daripda 51 buah perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf oleh pihak rejim, dan menjadi sasaran untuk dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Penduduk al-Araqeeb terpaksa tinggal di dalam kemah dan berek sejak tentera Zionis memusnahkan rumah mereka buat kali pertama pada tahun 2010. Kali terakhir rumah mereka dirobohkan adalah pada 10 Mac lalu.

Rejim Zionis telah mengenakan denda dan tuntutan kos kerja perobohan berjumlah jutaan dollar ke atas penduduk al-Araqeeb.

Dua hari lalu, para pegawai Zionis mendakwa masyarakat Badwi sebagai pencuri dan akan berikrar mengusir mereka keluar dari situ. Penduduk bagaimanapun tetap akan memina semua rumah mereka sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts