Perkampungan al-Araqib dimusnahkan kali ke-143

GURUN NAQAB, 18 Apr 2019 — Rejim Zionis meroboh semua rumah dan khemah penduduk Badwi di perkampungan al-Araqeb, buat kali ke-143, pagi semalam.

Pasukan polis mengiringi jentolak pihak perbandaran Zionis menyerbu perkampungan al-Araqeb, serta menyerang penduduk sebelum meroboh semua rumah dan khemah. Puluhan penduduk termasuk kanak-kanak ditinggalkan tanpa tempat berteduh.

Al-Araqeb dimusnahkan buat pertama kali pada 27 Julai 2010. Dengan meroboh rumah mereka secara berterusan, rejim Zionis mengharapkan penduduk Badwi berputus asa dan keluar dari tanah asal mereka itu. Rejim Zionis mendakwa tanah perkampungan tersebut adalah milik Yahudi.

(IMEMC, Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts