Pertempuran Di Al-Aqsa Apabila Pelampau Yahudi Pasang Bendera Zionis

aqsa

AL-QUDS, 4 Ogos 2014 (Maan) — Para jemaah masjid bertempur dengan polis Zionis di Masjid Al-Aqsa semalam apabila pelampau Yahudi memanjat naik Kubah As-Sakhra’ dan memasang bendera Zionis.

Menurut laporan saksi, para jemaah telah meminta supaya polis Zionis menghalang cubaan pelampau, namun merkea tidak menghiraukannya. Oleh kerana itu para jemaah dan penjaga masjid bertindak menghalang pelampau dan menurunkan bendera tersebut. Pelampau Yahudi pula bertindak bals dengan menyerang para jemaah menggunakan senjata tajam, mencederakan dua ahli jemaah, Muammad Badran dan Suliman abu-Mayyala.

Dalam pertempuran susulan berikutnya, polis Zionis menyerang ahli jemaah di Bab as-Silsila dan menangkap Radwan Amr, Fadi Bakir, Raed Zughaier, Husam Sedir dan Majdi Abbasi.

Suasana tegang meningkat di Masjid al-Aqsa kebelakangan ini, terutama sekali sejak cubaan beberapa pertubuhan Yahudi untuk merayakan satu laporan tidak rasmi bahawa rejim Zionis sedang berunding bagi membuka semula perkawangan masjid kepada orang bukan Islam untuk menjalankan upacara ibadah.

Akhir Jun lalu, International Crisis Group melaporkan berlangsungnya perbincangan di antara rejim Zionis dan Jabatan Wakaf yang mengawal Masjid Al-Aqsa untuk membenarkan orang bukan Islam beribadah di perkarangan masjid.

Manakala Ahad lalu, pertubuhan pelampau Yahudi dilaporkan menjalankan kempen “kembali ke Bukit Haikal” dan menyeru supaya peserta kempen memakai pakaian tentera Zionis ketika menceroboh masuk ke perkarangan masjid.

Sejak tahun 1967, rejim Zionis bersetuju menghormati perjanjian dengan Kementerian Wakaf untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menjalankan upacara ibadah mereka di perkarangan masjid. Kaum Yahudi hanya dibenarkan beribadah di Tembok Barat. Namum tentera Zionis sering mengiringi pelampau Yahudi masuk ke dalam masjid untuk menjalankan upacara ibadah mereka, sehingga mencetus provokasi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts