Pertempuran Meletus Di Silwan Selepas Pendatang Yahudi Serang Kanak-Kanak

AL-QUDS, 12 Sep 2015 (Maan) — Beberapa pertempuran meletus apabila seorang kanak-kanak Palestin, Zaid Abu Qweidir, 8 tahun, diserang oleh sekumpulan pendatang Yahudi di kawasan Batn al-Hawa di Silwan di Al-Quds Timur.

Seorang pemuda Palestin dilaporkan cuba menghalang tindakan pendatang Yahudi tersebut, yang segera mencetus pertempuran di antara pendatang dan pemuda Palestin. Lebih 20 pendatang Yahudi berkejar ke tempat kejadian dan menyerang kanak-kanak kecil Palestin dengan menggunakan semburan lada. Mereka dikatakan datang dari sebuah bangunan milik penduduk Palestin yang dirampas beberapa hari terdahulu.

Pengawal keselamatan penempatan Yahudi dan tentera Zionis tiba di tempat kejadian untuk melindungi kumpulan pendatang Yahudi dan melepaskan tembakan gas pemedih mata serta bom bunyi ke kawasan penduduk Palestin.

Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin tercedera termasuk Abdullah Abu Nab, 60 tahun, dan Mahdi al-Rajabi, 14 tahun, yang dikejarkan ke hospital al-Maqasid hospital di Al-Quds Timur untuk mendapatkan rawatan.

Abu Adnan Gheith, 75 tahun, Zaid Abu Qweidir, 8 tahun, Adam al-Rajabi, 9 tahun, Rahaf Abu Qweidir, 5 tahun, Udayy al-Rajabi, 12 tahun, Hamza al-Rajabi, 12 tahun, Yazan al-Rajabi, 14 tahun, Walid al-Shaer, 16 tahun, mengalami kecederaan ringan dan dirawat di tempat kejadian. Seorang wanita hamil, Asmaa al-Rajabi, 29 tahun, turut mengalami kecederaan.

Tentera juga menembak gas pemedih mata ke dalam sebuah rumah yang didiami oleh lima kanak-kanak yang berumur dari tujuh bulan hingga 13 tahun.

Silwan merupakan salah satu kejiranan Palestin di Al-Quds Timur yang semakin dibanjiri oleh pendatang Yahudi. Pendatang haram Yahudi merampas lebih 39 buah rumah penduduk Palestin di Silwan, sekaligus melahirkan wilayah penempatan haram kepada seramai 400 orang pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts