Pertubuhan Yahudi hasut pengikut lakukan ritual di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Ogos 2018 — Pertubuhan-pertubuhan pelampau Yahudi hari ini menghasut pengikut dan penyokong mereka supaya menyertai program ritual Talmud secara besar-besaran di Masjid al-Aqsa.

Mereka merancang untuk melaungkan ritual “taubat” yang dipanggil Selichot secara kuat, mendakwa bahawa sudah tiba masanya mereka melakukan ritual seperti itu di Masjid al-Aqsa.

Selichot adalah doa-doa penganut Yahudi bagi memohon keampunan, yang dilakukan sepanjang malam musim perayaan Yahudi atau pada hari mereka berpuasa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts