Petani di Gaza sambut ketibaan musim menuai “emas merah”

GAZA, 23 Okt 2017 — Petani di “mawasi” Khan Younis di selatan wilayah Gaza menantikan ketibaan musim menuai dengan penuh harapan kerana inilah masanya mereka meraih sedikit pendapatan untuk mengharungi kepayahan hidup dalam sekatan.

Apabila mentari mula naik, pemuda Salem al-Agha, 30, bersiap sedia bersama dua sepupunya Ahmed dan Mahmoud di ladang mereka seluas 1 hektar. Kawasan ini terkenal dengan tanaman pokok kurma dan jambu batu.

Dengan latar belakang keindahan pepasir keemasan dan alunan ombak laut, Salem mula memakai “al-mitlaa” untuk memanjat pokok-pokok kurma. Di sebelah tangannya, beliau membawa sebilah pemotong tangkai dan “mashanna”, iaitu kantung untuk mengisi buah-buah kurma.

Salem mula memotong tangkai kurma, memasukkan buah-buah ke dalam mashanna, dan kemudian menurunkannya menggunakan tali yang akan disambut oleh pekerja lain di bawah. Pekerja-pekerja lain mengatur bekas-bekas tadahan dan mula mengasing buah-buah yang dituai.

Setelah selesai menuai, Salem memakai mitlaa semula untuk turun dari atas pokok tersebut. Mereka kemudiannya memunggah tangkai-tangkai kurma ke dalam lori yang menunggu di pintu masuk kebun, untuk dibawa ke tempat lain.

Apabila selesai kerja-kerja menuai, lori tersebut ekan bergerak ke Persatuan Koperasi Pertanian Khan Younis untuk proses mengisih dan membungkus tuaian dalam kotak-kotak khas untuk diekspot ke Tebing Barat.

Kurma bewarna merah adalah salah satu daripada spesies yang terkenal di Gaza, kerana sifatnya yang mampu subur dalam cuaca serta air masin di pantai Gaza.

Musim menuai kurma di Gaza bermula dari pertengahan September dan berterusan sehingga akhir November. Ia merupakan sumber pendapatan sebahagian besar petani di wilayah yang terkepung itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts