AL-QUDS, 18 Apr 2016 (ArutzSheva) — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memimpin satu delegasi seramai 60 orang ke negara haram Zionis hari ini, sekaligus mencatat sejarah sebagai lawatan rasmi pertama kali pernah dibuat oleh pemimpin republik tersebut sejak ditubuhkan 51 tahun lalu.
Lawatan selama empat hari itu bakal menyaksikan beberapa perjanjian antarabangsa melibatkan kerajaan dan institusi pengajian tinggi ditandatangani. Lee antara lain dijadualkan melawat Muzium Holocaust Yad Vashem, Universiti Hebrew dan juga Kota Lama al-Quds.
Hubungan diplomatik dua negara tersebut terjalin sejak tahun 1969.