Polis Israel Menutup Pintu Memasuki Masjid Al Aqsa

Jerusalem, 2 Dis – Pasukan tentera haram Israel menutup pintu-pintu gerbang yang menjadi tumpuan warga Islam untuk memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa pada pagi Khamis (2/12). Hanya 2 pintu sahaja yang di buka. Semua jamaah di bawah 40 tahun dilarang oleh polis Israel dari memasuki kompleks dan menunaikan solat bersama-sama di jalan-jalan yang berdekatan dengan Haram Ash-Sharif (Noble Sanctuary).

Tindakan itu dilakukan oleh tentera Israel kerana mengiringi sejumpah 55 penganut agama Yahudi memasuki kompleks masjid tersebut sekitar selepas jam 8 pagi, demikian kata saksi yang melaporkan. Kumpulan yahudi itu diiringi oleh puluhan polis Israel .

Para pegawai mengatakan kelompok orang-orang Yahudi itu sedang mengadakan siri lawatan sempena hari kedua Hanukkah.

Ketegangan meningkat ketika kelompok Yahudi tersebut memasuki tapak suci umat Islam, dengan lebih puluhan warga tua jamaah Islam berteriak dan memohon agar Allah memberi keselamatan kepada masjid Al Aqsa, sehingga menyebabkan polis Israel mengancam mereka akan di usir dari kompleks tersebut.

Pegawai dari Institut Al-Aqsa mengatakan mereka mendokumentasikan pencerobohan tersebut dan ancaman yang telah dilakukan oleh polis Israel tetapi malangnya peralatan fotografi mereka disita oleh pasukan Israel. (mna)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts