Polis Zionis Tangkap Kanak-Kanak Palestin Selepas Pendatang Cuba Menculiknya

settlerAL-QUDS, 25 Sept 2014 (PIC) — Polis Zionis menangkap seorang kanak-kanak Palestin, Mohamed Zagal, berdekatan kawasan kejiranan Bab Al-Asbat di timur Al-Quds setelah lapan orang pendatang Yahudi cuba menyerang dan menculik beliau.

Ketika kejadian, kanak-kanak 11 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kejiranan Ras al-Amoud setelah menghantar adiknya ke sekolah.

Apabila Muhamed tiba di Jalan Al-Ghuthmaniya, lapan orang pendatang Yahudi mengejar beliau sehingga kanak-kanak itu terpaksa menyelamatkan diri ke dalam sebuah kereta milik seorang keluarga Palestin. Penduduk di kawasan berkenaan cuba menghalang tindakan pendatang untuk menculik kanak-kanak tersebut. Begaimanapun polis Zionis muncul dan menangkap kanak-kanak tersebut atas tuduhan membaling batu.

Polis dilaporkan enggan mendengar keterangan kanak-kanak tersebut yang mendakwa pendatang Yahudi cuba menculik beliau. Muhamed ditahan untuk soal-siasat dan kemudian diberi amaran untuk ditangkap semula sekiranya insiden seperti itu berulang lagi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts