Putera Ismael haniyah Hafal Quran dalam masa 35 hari

Anak PM Ismael HaniyahAid, putera Ismael Haniyah PM Palestin telah berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam jangka waktu tidak lebih dari 35 hari setelah ia menyertai program menghafal Al-Quran di “Perkhemahan Tajul Waqar untuk Hafalan Al-Quran” yang diselenggarakan oleh Darul Quran dan Sunnah di Jalur Gaza.

Aid telah menyertai “Perkhemahan Tajul Waqar” di Masjid Barat di Kem Pelarian Syathe tempat tinggal ayahnya. Sumber menyatakan bahawa PM Ismael Haniyah berjanji kepada puteranya akan diberangkatkan haji ke Baitullah Al-Haram untuk melakukan umrah sebagai hadiah atas prestasinya menyelesaikan hafalan Al-Quran.

Aid Ismael Haniyah masih berusia 16 tahun. Ia lahir pada saat ayahnya Haniyah diasingkan ke Mirage Zohour. Ia diberi nama Aid karena berharap ayahnya kembali dari pengasingan. (bn-bsyr/pic/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts