Rejim Zionis halang peguam merekod pencabulan ke atas tahanan mogok lapar

RAMALLAH, 18 Apr 2017 (PIC) — Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan bersama Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa pihak berkuasa di penjara Gilbao melarang peguam daripada berjumpa dengan para tahanan bagi mengesahkan laporan pencabulan hak mereka, pada hari kedua 1,500 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar.

Larangan tersebut dibuat atas alasan perintah darurat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Zionis pada hari Isnin, hari pertama mogok tersebut. Pihak penjara Zionis mendakwa kononnya para tahanan mogok lapar tidak mampu berdiri mahupun bergerak untuk berjumpa perguam di dewan pertemuan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts