Rejim Zionis lulus bajet US$16 juta untuk penempatan haram Amihai

BEIT LAHM, 3 Sep 2017 — Mesyuarat mingguan kabinet Zionis hari ini meluluskan bajet bernilai US$16 juta bagi pembinaan Amihai, penempatan haram pertama yang dibina secara rasmi oleh rejim di Tebing Barat dalam tempoh 25 tahun, bagi memindahkan 40 keluarga pendatang Yahudi yang telah dihalau keluar dari pos penempatan haram Amona Februari lalu.

Pembinaan Amihai yang terletak di wilayah Nablus bermula pada bulan Jun lalu, tetapi dihentikan kerana tidak mempunyai dana yang cukup. Ia dibina di atas tanah penduduk Palestin dari perkampungan Jalud.

Pembinaan itu dilihat sebagai rancangn untuk meluaskan kawasan penempatan haram Shilo ke arah wilayah Lembah Jordan. Februari lalu, rejim telah meluluskan pembinaan penempatan haram Shvut Rachel Timur, bersebelahan Shilo.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts