Rejim Zionis Memecahkan Tebing Barat Kepada 225 Pulau-Pulau Terpisah

ISTANBUL, 15 Nov 2017 — Ahli Parlimen Palestin yang juga seorang pakar politik, Mustafa al-Barghouthi, hari ini berkata bahawa rejim Zionis telah memecahkan Tebing Barat menjadi 225 buah pulau-pulau yang terpisah, dengan cara membina sekatan-sekatan tentera dan pos-pos penempatan haram yang bertaburan di semua tempat, di samping pembinaan Tembok Pemisah yang melingkari wilayah tersebut.

Susulan Perjanjian Oslo 1993, Tebing Barat telah dibahagi kepada tiga kawasan: A, B dan C.

Kawasan A seluas 18% daripada Tebing Barat diletak di bawah pentadbiran dan kawalan keselamatan Pihak Bekuasa Palestin (PA).

Kawasan B, meliputi 21% keluasan Tebing Barat, ditadbir oleh PA tetapi kawalan keselamatan terletak di bawah kuasa tentera Zionis.

Manakala Kawasan C yang merangkumi 61% keluasan Tebing Barat dikawal dan ditadbir secaar ekslusif oleh rejim Zionis.

Barghouthi mengesahkan bahawa perluasan kawasan penempatan haram di wilayah-wilayah Palestin telah meningkat sehingga lebih 100% sejak Presiden Amerika Donald Trump berkuasa pada bulan Disember 2016.

Dalam satu temubual bersama agensi Anadolu di Istanbul, Barghouthi menegaskan bahawa pemerintahan Benjamin Netanyahu tidak mempunyai sebarang hasrat untuk membenarkan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka. “Kami berhadapan dengan satu projek Zionis yang sangat merbahaya, yang harus dilawan dengan kesatuan Palestin yang kuat dan berkesan.”

Aktiviti penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sepanjang tahun ini telah meningkat tiga kali ganda berbanding dengan catatan sepanjang tahun lalu.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts