Rejim Zionis rampas tanah di selatan kota Baitul Maqdis

KOTA BAITUL MAQDIS, 14 Okt 2021 — Jawatankuasa perancangan dan pembangunan perbandaran Zionis mengumumkan rancangan untuk merampas dan mengilhak tanah penduduk Palestin di selatan Kota Baitul Maqdis bagi membina bangunan dan jalan awam, serta meluaskan kawasan penempatan haram Givat HaMatos.

Datuk Bandar Kota Baitul Maqdis, Adnan Ghaith, mendakwa rancangan tersebut sebenarnya bertujuan untuk memisahkan hubungan geografi antara wilayah kota Baitul Maqdis dengan Bait Lahm, sekaligus mengasingkan kota suci itu dari wilayah sekitarnya.

Tindakan Zionis ini akan menjadikan kota suci terkepung oleh rangkaian penempatan haram Yahudi, dengan membentuk persempadanan baharu yang memasukkan sebahagian kawasan penempatan haram ke dalam wilayah kota Baitul Maqdis dan mengeluarkan kawasan perkampungan dan kejiranan Palestin dari wilayah kota suci. Dengan ini, rejim Zionis merancang realiti struktur geografi dan demografi baharu ke atas kota Baitul Maqdis, menjadikan kaum Yahudi sebagai penduduk majoriti.

“Pihak penjajah berusaha untuk membentuk fait accompli (sesuatu yang telah berlaku dan diterima) tanpa mempedulikan undang-undang dan komuniti antarabangsa. Ianya selari dengan plot berterusan mereka ke atas kota suci,” jelas Adnan.

Rancangan penempatan Yahudi terbaru ini akan berjalan seiringan dengan sebuah lagi penempatan haram utama di kawasan Qalandia, di mana jalan-jalan akan dibina bagi perhubungan antara kawasan-kawasan penempatan haram.

Perluasan Givat HaMatos akan mengasingkan sepenuhnya kawasan perkampungan Beit Safafa dari wilayah Kota Baitul Maqdis Timur dengan dikepung oleh kawasan penempatan haram Yahudi. Bahkankan ia juga akan memisahkan kawasan utara dan selatan Tebing Barat.

Givat HaMatos didiami oleh pendatang Yahudi dari Ethiopia.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts