Rejim Zionis tukar masjid menjadi sinagog dan bar

TIBERIAS, 28 Julai 2020 — Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pemantau Penduduk Arab di Israel mendedahkan sebanyak 40 buah masjid di kawasan Tiberias telah dirobohkan, ditutup atau dibiarkan terbengkalai oleh rejim Zionis, sementara sebahagian yang lain ditukar menjadi sinagog, bar, restoran atau muzium.

Penduduk Palestin di Tiberias terpaksa berhijrah ke Syria dan Lubnan dalam peristiwa Nakba. Banyak masjid-masjid dan tanah perkuburan, terutamanya di kawasan perkampungan, telah dimusnhakan. Rejim Zionis mengguna pakai undang-undang “harta yang ditinggalkan” untuk merampas tanah dan bangunan penduduk di situ.

Satu mercu tanda yang dibina di zaman pemerintahan Mamluk di kota Tiberias ialah Masjid Umari, juga dikenali sebagai Masjid Zaydani. Keluarga Zaydani yang enggan berhijrah dan kekal menetap di pinggir kota Nazareth pernah memohon untuk membaik pulih bangunan tersebut, namun ditolak atas alasan pihak perbandaran Zionis sendiri akan melakukan renovasi. Hingga kini, rejim Zionis tetap menutup Masjid Umari, tidak membenarkan para jemaah atau pelawat masuk, serta tidak membuat sebarang kerja pemulihan.

Dalam contoh-contoh lain hasil kajian jawatankuasa tersebut, Masjid al-Ahmar di utara bandar Safed telah ditukar menjadi dewan konsert muzik. Manakala Masjid al-Jadid di kota Caesarea ditukar menjadi sebuah bar.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts