Remaja Gaza meninggal dunia apabila tidak dibenarkan ke hospital

BEIT LAHM, 22 Jan 2017 (Maan) — Pusat Hak Asasi al-Mezan hari ini melaporkan Ahmad Hassan Shubeir, 17, meninggal dunia minggu lalu selepas rejim Zionis tidak membenarkan beliau melintas sempadan Gaza untuk mendapatkan rawatan kritikal sakit jantung walaupun telah membuat temujanji hospital.

Remaja yang berasal dari kota Gaza itu dihalang melintas setelah enggan menjadi tali barut pihak rejim, satu bentuk paksaan yang sering digunakan oleh tentera Zionis ke atas pesakit Gaza yang memohon kebenaran keluar dari wilayah yang terkepung itu.

Ahmad yang menghidap masalah jantung sejak lahir sebelum ini pernah mendpaat rawatan di hospital Zionis termasuk Hospital Tel Hashomer, Pusat Rawatan Kanak-Kanak Schneider, dan juga Hospita al-Makassed di Tebing Barat.

Apabila keadaan Ahmad semakin kritikal, keluarganya memohon kebenaran melintas pada bulan Februari 2016. Pihak rejim membalas dengan cubaan untuk mengugut ibu Ahmad supaya “bekerjasama” dengan mereka sebagai balasan kepada kebenaran melintas sempadan di Erez. Bagaimanapun Ahmad dan ibunya dibenarkan melintas walaupun enggan mematuhi ugutan tersebut.

Kali terakhir, Ahmad membuat temujanji pada 30 Januari 2017 dan pihak rejim memanggil Ahmad untuk ditemuduga. Beliau ditekan supaya menjadi tali barut Zioins, sebagai tukaran mendapat kebenaran melintas. Beliau enggan, dan tidak diberikan kebenaran melintas menyebabkan beliau meninggal dunia dua minggu sebelum tarikh temujanji tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts