Remaja Palestin dipenjara 100 hari kerana enggan jalankan khidmat awam bagi pertubuhan Zionis

AL-QUDS, 6 Jan 2016 (Silwanic) — Remaja Palestin Abdullah Siam, 15 tahun, menyerah diri di balai polis Zionis al-Maskobyeh untuk menjalani hukuman penjara selama 100 hari, setelah enggan menjalankan khidmat awam percuma di sebuah pertubuhan Zionis.

Menurut Abdullah, beliau memilih hukuman penjara berbanding dengan khidmat awam selama lima bulan memandangkan pertubuhan tersebut akan mematahkan semangat pemuda dan kanak-kanak Palestin.

Beliau yang tinggal di kejiranan Wadi Hilweh di Silwan telah ditangkap pada 13 May 2015 ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, atas tuduhan membaling batu ke arah tenetra Zionis. Beliau dikenakan hukuman tahanan dalam rumah selama dua bulan dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan tahanan dalam rumah secara terbuka bagi membenarkan beliau ke sekolah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts