Remaja pekak mangsa terkini serangan tentera Zionis di Gaza

GAZA, 23 Apr 2018 — Dua lagi penduduk Gaza meninggal dunia hari ini, akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis di sempadan Gaza.

Mangsa terkini adalah remaja Tahrir Mahmoud Wahaba, 17, yang ditembak di bahagian kepalanya berdekatan kem pelarian al-Awdeh di Khan Younis. Beliau dirawat dalam keadaan parah di Hospital Eropah di selatan Gaza.

Remaja dari kawasan Tal al-Sultan itu tidak boleh mendendar atau bercakap.

Malam tadi, pemuda Abdullah Shamali, 20, meningal dunia akibat kecederaan ditembak di bahagian perutnya di Rafa hari Jumaat lalu.

Seramai 41 orang termasuk sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dan seorang junalis telah terbunuh sejak bermulanya perhimpunan Great Return March (GRM) pada 30 Mac lalu. GRM akan berterusan sehingga 15 Mei, iaitu hari ulang tahun ke-70 peristiwa hitam Nakba.

(Maan, PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts