Remaja perempuan Palestin cedera ditembak

JENIN, 1 Jun 2017 (Maan) — Remaja perempuan Palestin Nouf Iqab Abdel-Jabbar Infeiat, 15, cedera ditembak selepas dituduh menikam seorang askar Zionis di laluan masuk ke penempatan haram Mevo Dotan yang terletak di bandar Yabad, Jenin, pagi tadi.

Mangsa ditembak berdekatan sekatan Dotan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Hillel Yaffe dalam keadaan kritikal.

Berikutan kejadian, tentera Zionis menutup sekatan Dotan dan lebih banyak tentera dikerahkan ke situ.

Rakaman video memaparkan seorang pendatang Yahudi mengherdik remaja terbabit ketika beliau sedang terbaring kesakitan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts