Ribuan Saudara Kita Hadapi Musim Sejuk Di Bawah Kezaliman

BANDAR BARU BANGI, 27 Okt 2014 (BHP) — Musim sejuk sudah mula tiba ketika saudara kita di Syria dihimpit oleh kezaliman rejim Assad dan keluarga kita di Gaza masih mencari-cari tempat tinggal untuk penginapan.

Musim sejuk kali ini dijangkakan lebih mencengkam daripada tahun-tahun lalu, sedangkan penduduk Gaza terus disekat dari dunia luar tanpa bekalan elektrik dan minyak, selimut dan tilam, rumah dan pemanas badan, dan terdedah kepada kesejukan dan basahan air hujan. Begitu juga keadaannya dengan penduduk Syria yang tidak memiliki keperluan asas akibat masih diserang dan dikepung serta disekat dari dunia luar.

Pengarah Al-Sarraa Foundation, Ziad Said Mahmud, memaklumkan bahawa kempen membantu saudara kita berhadapan dengan musim sejuk telah dilancarkan dengan membawa tema Hangatkan Musim Sejuk di Palestin-Syria. Rakan NGO HALUAN yang beroperasi aktif membantu mereka yang memerlukan di Gaza, Syria, Lubnan dan sempadan Turki itu mengharapkan semua masyarakat Malaysia turut menjayakan kempen ini dengan penuh kehangatan persaudaraan dan kasih sayang.

“Kami berharap anda yang budiman dapat terus bersama kami menjayakan usaha ini khususnya untuk keluarga kita di Gaza dan Syria dengan membantu mereka mendapatkan selimut, tilam, pemanas, kayu bakar dan paket-paket makanan,” kata beliau. “Semoga Allah membalas kebajikan anda dengan kebaikan yang sempurna di dunia dan akhirat.”

HALUAN sedang menggerakkan usaha menjayakan kempen bantuan di sepanjang musim sejuk ini. InsyaAllah maklumat lanjut akan disiarkan dalam masa terdekat.

Inilah masanya untuk kita berperanan sebagai orang yang prihatin dan bersyukur. Sama-sama kita membantu mereka, InsyaAllah.

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts