Rumah Ketua Polis Nablus Dirampas Tentera Zionis

QALQILIYA, 11 Sep 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini menyerang dan menceroboh masuk rumah milik ketua polis Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority – PA) di Nablus, Abd al-Latif al-Qaddumi, dan menjadikan rumah tersebut sebagai sebuah pengkalan tentera setelah mengusir keluar isteri dan anak-anak beliau.

Jurucakap polis PA Luay Irzeiqat melaporkan tentera Zionis menyerang rumah tersebut di perkampungan Kafr Qaddum dan mengurung keluarganya di dalam satu bilik sebelum mengisytiharkan rumah tersebut sebagai sebuah pengkalan tentera. Tidak lama kemudian tentera mengusir keluar keluarga Abd al-Latif dan mengambil alih rumah mereka.

Abd al-Latif tidak ada di rumah ketika kejadian dan tentera Zionis tidak memberi sebarang alasan atas tindakan mereka.

Ahad lalu tentera Zionis menahan Abd al-Latif selama lebih sejam di pintu masuk perkampungan Hijja di barat Nablus ketika dalam perjalanan ke stesen polis Nablus.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts