Rundingan Pertukaran Tahanan Israel-HAMAS Masih Tidak Ada Kepastian

26 Nov – Shimon Peres, Presiden Israel, mengatakan telah ada “kemajuan” dalam usaha untuk membebaskan Gilad Shalit, tentera Israel yang ditangkap oleh Hamas tiga tahun lalu.

Pendedahan oleh Peres dibuat selepas dia bertemu Hosni Mubarak, presiden Mesir, di Kaherah pada hari Isnin lalu.

“Ada rundingan antara kedua belah pihak. Saya tidak rasa rundingan memerlukan perbincangan tambahan. Seperti kita semua tahu, ada kemajuan. Saya berharap ia akan berakhir dengan positif,” kata Peres.

Sebelum itu pada hari Isnin lalu, seorang pegawai senior delegasi Hamas yang dipimpin oleh Mahmoud Zahar dan dua ahli sayap bersenjata kumpulan berkenaan menyeberangi Mesir, dalam rangka untuk mengadakan pertemuan dengan para pegawai keselamatan Mesir. Mesir dan Jerman adalah orang tengah utama dalam rundingan pertukaran tawanan.

Wartawan Al Jazeera, Zeina Awad  melaporkan Hamas telah menyatakan bahawa telah ada kemajuan dalam isu tersebut, tetapi perlu berhati-hati terhadap apa yang mereka lakukan agar pihak media tidak melampau dalam melaporkan perkembangan hal tersebut.

Namun, kesepakatan nampaknya masih jauh memandangkan Israel masih menolak untuk melepaskan para tahanan Arab, penduduk Baitulmuqaddis dan Israel, dan masih menolak untuk melepaskan pemimpin Fateh, Marwan Barghouthi, dan Setiausaha Agung Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin , Ahmad Saadat.

Manakala satu laporan lagi yang diterima, Ketua Organisasi Friends of the Palestinian Detainee Society, Munir Mansur mengungkapkan Gilad Shalit akan dibebaskan pada Hari Raya Aidiladha kelak, kesepakatan itu tercapai setelah Mesir berhasil menyelesaikan sejumlah persoalan yang selama ini menjadi halangan bagi pembebasan Shalit dan pembebasan para tahanan Palestin yang berada di penjara-penjara Israel.

Dalam kesepakatan itu, Israel setuju untuk membebaskan 22 warga Arab atas dasar “kemanusiaan” yang berada di penjara-penjara Israel di Dataran Tinggi Golan dan Jerusalem, akan dibebaskan secara bertahap dengan jaminan Mesir dan Jerman.

Sementara itu, laman sesawang Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah melaporkan pula bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pada Isnin lalu, usaha-usaha sedang dilakukan untuk pembebasan tentera yang ditangkap, Gilad Shalit, tetapi setakat ini tidak ada kesepakatan dicapai, dan apa sahaja keputusan yan dicapai perlu mendapat keluluskan cabinet Israel terlebih dahulu.

Netanyahu menambah bahawa perlu diteruskan usaha-usaha untuk mencapai kesepakatan, tetapi perkembangan terbaru dan kemajuan harus dibahas dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mutakhir di buat.

Kenyataan beliau di buat ketika pertemuan dengan para pemimpin dan ahli-ahli parti Luar. Dia mengatakan bahawa Israel ingin membawa para perajurit mereka kembali ke kampong halaman, tetapi pada saat yang sama beliau ingin bertindak untuk mengelakkan sebarang  penculikan tentera mereka pada masa mendatang. (immec/aljazeera/ln/hrz/imemc/eramuslim/fn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts