Sekatan Ke Atas Al-Aqsa Akan Cetus Perang Agama – Menteri Luar Palestin

RAMALLAH, 4 Sep 2015 (MEMO) — Rancangan rejim Zionis untuk memperkenalkan sekatan melalui pembahagian masa dan kawasan tertentu di antara orang Islam dan pelampau Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa boleh mencetus perang agama di rantau tersebut, kata Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki.

Riyad Al-Maliki berkata demikian dalam satu sesi mesyuarat pegawai diplomatik yang turut dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Al-Quds, Adnan Husseini, dan Mufti Besar Al-Quds, Sheikh Mohammad Husseini, di Ramallah.

Zionis menutup pintu masuk masjid ketiga paling suci itu dari jam 7:30 hingga 11:30 pagi, dan menghalang orang Islam daripada memasuki masjid bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi masuk. Kumpulan Yahudi ini menyeru supaya Masjid Al-Aqsa dimusnahkan dan digantikan dengan kuil mereka di situ.

Orang Islam hanya dibenarkan masuk untuk mengerjakan solat dalam tempoh kurang dari satu jam. Mereka yang engkar terhadap polisi baharu itu akan disoal-siasat oleh pihak polis Zionis.

Menurut Riyad Al-Maliki, kumpulan Zionis yang menggalakkan golongan pendatang Yaudi menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa adalah merupakan kumpulan sama yang menyerang bandar-bandar dan perkampungan Palestin. Mereka mendapat perlindungan tentera Zionis ketika melakukan kejahatan tersebut.

Sementara itu, Sheikh Mohammed Hussein menjelaskan bahawa rejim Zionis telah mengepung Masjid Al-Aqsa sejak 24 Ogos lalu dengan mengenakan sekatan mengikut masa tertentu, sekaligus mencabul kebebasan umat Islam untuk mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts