Sekolah-sekolah di Kluang Turut Merasai Bahang Lifeline 4 Gaza

KLUANG, JOHOR, 21 April – HALUAN Palestin terus menggiatkan kempen memberi kesedaran dan kutipan dana bagi projek Lifeline 4 Gaza dengan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di daerah Kluang. Tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Arab Kluang, Sekolah Menengah Agama Kluang dan Sekolah Menengah Sains Johor telah menjemput wakil-wakil HALUAN Palestin menyampaikan penerangan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar mereka.

Melalui ceramah-ceramah mereka, penceramah-penceramah HALUAN Johor yang terdiri daripada Dr Mohd Arba’ai bin Shawal dan Tn Hj Syed Helmi Al-Hadad telah cuba mengajak para guru dan pelajar untuk merasai kesempitan hidup masyarakt di Gaza yang dizalimi secara berterusan oleh rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya.

Kehidupan harian di Gaza pada hari ini adalah semakin sukar dan menyedihkan. Bangunan-bangunan yang dahulunya merupakan rumah yang selesa untuk mereka diami kini telah hancur menyembah bumi. Setelah setahun peperangan Al-Furqan berlalu, mereka masih lagi hidup beratapkan kenves dan besi dan berlantaikan tanah dan pasir.

Kehidupan sangat sukar tanpa bekalan elektrik dan air yang sempurna, tanpa gas dan makanan yang mengcukupi. Siang berbekalkan panas matahari yang terik, malam dengan cahaya lilin dan rembulan, kesejukan sampai ketulang… tiada lagi air mata yang mampu mengalir. Sehari-harian mereka hanya melihat orang-orang Gaza yang senasib sahaja, dan hampir mustahil melihat orang-orang asing dari luar kerana sekeliling mereka adalah tembok konkrit yang tinggi hampir setinggi pokok kelapa. Itulah antara gambaran yang telah diberikan oleh penceramah-penceramah tersebut.

“Palestin adalah tanggung jawab seluruh umat Islam kerana di situlah berdirinya Masjid Al Aqsa dan Baitulmaqdis yang telah diwakafkan oleh Syaidina Umar RA kepada ummat Islam. Umat Islam wajib membebaskan Palestin sekiranya ia dijajah seperti pada hari ini. Ummat Islam zaman lampau telah mengorbankan jiwa, harta dan darah mereka untuk membebaskan Palestin, khasnya Baitulmaqdis, dari cengkaman musuh-musuhnya. Sultan Abdul Hamid ke-2 telah mengorbankan takhtanya semata-mata kerana tidak mahu menjualkannya kepada Zionis laknatullah”, terang Tuan Hj Syed Helmi Al-Haddad.

Beliau menambah, “Gaza merupakan pertahanan terakhir umat Islam didalam menghadapi penjajahan Zionis Israel laknatullah. Kekalahan Gaza akan membuka ruang kepada Israel untuk meneruskan cita-cita mereka meluaskan kekuasaan sehingga ke Mesir, Iraq di sempadan Sungai Furat dan utara Arab Saudi”.

Tuan Hj Syed Helmi Al-Haddad juga telah mengajak para pelajar sekolah tersebut untuk bersungguh menimba ilmu dalam rangka untuk menandingi penguasaan Yahudi di dalam semua bidang kehidupan pada hari ini. Beliau juga menyeru para pelajar untuk memberikan sumbangan yang semampu mungkin untuk menjayaka misi LifeLine 4 Gaza. Misi ini akan menghantar 8 buah kapal yang dipenuhi dengan berbagai barangan yang akan belayar dari Pelabuhan Mersin di Turki menuju terus ke Gaza melalui Laut Mediterranean.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts