Seorang pemuda Palestin cedera ditembak, 5 ditangkap

BEIT LAHM, 4 Sep 2017 — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak manakala lima yang lain ditangkap oleh tentera Zionis dalam operasi di seluruh Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di Ramallah, seorang pemuda dikejarkan ke hospital setelah cedera ditembak di bahagian peha ketika tentera menyerbu perkampungan Beit Rima. Manakala seorang lagi pemuda ditangkap.

Dalam serbuan di kem pelarian al-Jalazun, tentera Zionis mendakwa telah menemui sebilangan senjata. Namun tiada tangkapan dibuat.

Manakala di Jenin, masing-masing seorang penduduk ditangkap dari perkampungan Qabatiya dan Beit Anan.

Di selatan Tebing Barat pula, seorang penduduk ditahan di kota Beit Lahm dan seorang lagi di perkampungan Beit Fajjar.

Laporan PBB menunjukkan bahawa tentera Zionis membuat purata 85 serbuan ke kawasan penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds setiap dua minggu.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts