Serangan Ke Atas Freedom Flotilla Adalah Jenayah Perang

ISTANBUL, 4 Nov 2014 (Anadolu) — Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague memberitahu bahawa rejim Zionis bersalah melakukan satu “jenayah perang” dalam serangan ke atas konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla pada bulan Mei 2010.

Dalam serangan maut itu, pasukan komandu tentera laut Zionis telah membunuh lapan orang relawan rakyat Turki dan seorang rakyat Amerika yang menaiki kapal Mavi Marmara. Seorang lagi relawan Turki turut meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama lebih tiga tahun. Lebih 50 relawan lain mengalami kecederaan.

The Humanitarian Relief Foundation (IHH), sebuah NGO Turki dalam kenyataannya semalam menyebut pasukan pendakwaan telah selesai siasatannya dalam kes Mavi Marmara dan membuat kesimpulan bahawa rejim Zionis telah melakukan satu “jenayah perang.”

Jawatankuasa undang-undang IHH telah memfailkan satu petisyen di ICC untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan cepat. Mahkamah itu menerima petisyen tersebut pada bulan May 2014.

Seramai 12 orang relawan Malaysia turut menjadi mangsa serangan tersebut di mana mereka telah diculik dan ditahan di penjara Beersheba.

Pada bulan Mac 2014, rejim Zionis telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada kerajaan Turki di atas insiden tersebut dan menjanjikan pampasan kepada keluarga mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts