Starbucks Terima Impak Boikot

Penganalisis RHB Invesment Bank Berhad iaitu Soong Wei Siang dan Tai Yu Jei menyatakan kempen boikot memberikan impak kepada Starbucks.

Permintaan terhadap jenama kopi antarabangsa itu dijangka merosot 40% akibat tindakan boikot besar-besaran oleh rakyat Malaysia. Tinjauan lapangan terhadap cawangan Starbucks di beberapa buah pusat membeli belah mendapati jumlah pengunjung adalah rendah walaupun waktu puncak. Namun kebanyakan jenama kopi lain masih menerima pengunjung seperti biasa.

Penganalisis RHB menyatakan tempoh boikot mungkin tidak dapat pulih dengan mudah dan memerlukan usaha keras untuk meraih semula bahagian pasarannya yang bersaing sengit.

Menurut Al Jazeera, kempen yang berterusan menjadikan Starbucks bersedia meninggalkan Maghribi pada pertengahan Disember ini kerana pasaran negara tersebut “tidak sesuai”.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts