SU Agung PBB Kesal Dengan Kelewatan Menyelesaikan Krisis Kemanusiaan di Gaza

Ban Ki moonSetiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengatakan bahawa dirinya sangat mengesali atas kelembapan perkembangan kemajuan yang telah dibuat untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Gaza.

Situasi di Gaza dan terutama penderitaan rakyat Palestin, adalah isu keprihatinan besar untuknya setelah hampir satu tahun pasca serangan Israel di Jalur Gaza. Demikian menurut pembantu Ban kepada para wartawan dalam konferensi bersama para wartawan bulanan di pejabat pusat PBB di New York pada hari Isnin yang lalu(14/12).

Beliau mengatakan selama ini telah “bekerja keras” bertemu dan berbincang dengan para pemimpin Israel, namun ia menyesalinya kerana hingga saat ini tidak banyak kemajuan yang telah dicapai.

Ban juga menegaskan bahawa beliau telah mendesak masyarakat antarabangsa, khususnya Negara-negara kuasa besar; kesatuan Eropah, Rusia, dan Amerika Syarikat, termasuk juga PBB untuk berbuat lebih banyak usaha membawa kembali proses perdamaian Timur Tengah yang telah terhenti agar kembali terlaksana.

“Ini harus menjadi salah satu keutamaan saya,” kata Ban, yang menyatakan bahawa beliau akan terus memberi tekanan kepada pemerintah Israel agar setuju untuk melindungi hospital, sekolah dan fasiliti umum yang sangat diperlukan oleh warga awam di Gaza.

Tidak ketinggalan, Ban juga telah berusaha untuk meyakinkan pemerintah Israel agar membayar $ 11 juta sebagai ganti rugi atas hancurnya bangunan PBB dalam serangan kejam Israel selama tiga minggu di Gaza. (mirzah/presstv)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts