Suasana tegang apabila 1,620 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 13 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi seramai 1,620 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sejak awal pagi tadi.

Bilangan tersebut merupakan jumlah terbesar kumpulan Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu sejak tahun 1967.

Ketegangan memuncak apabila ratusan pelampau Yahudi, rabai dan pemimpin Zionis merancang untuk menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu untuk menyambut “Hari Penyatuan Jerusalem”.

Sekumpulan penjaga masjid diserang oleh polis Zionis apabila mereka membantah para penceroboh melakukan ritual. Keadaan menjadi lebih tegang setelah polis Zionis membuka Pintu al-Maghareba bagi membenarkan lebih ramai pendatang Yahudi menceroboh masuk.

Zionis menyambut ulang tahun ke-51 pendudukan mereka ke atas kawasan timur Baitulmaqdis ketika Perang 1967.
Sebelum tahun 1967, Baitulmaqdis terbahagi kepada dua wilayah iaitu barat dan timur. Wilayah barat berada di bawah kuasa Zionis manakala wilayah timur di bawah pentadbiran kerajaan Jordan. Sambutan “Hari Penyatuan Jerusalem” bertujuan memberi isyarat bahawa Baitulmaqdis adalah ibukota abadi rejim Zionis.

Rejim Zionis menduduki Baitulmaqdis Barat, iaitu 84.1% daripada keseluruhan kota suci, pada tahun 1948. Kawasan Baitulmaqdis Timur yang berkeluasan 11.5% kekal di bawah pentadiran Jordan sehingga tahun 1967. Baki 4% wilayah Baitulmaqdis diisytihar sebagai wilayah antarabangsa di bawah kawalan PBB.

(Alray, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts