Surat Terbuka Untuk Erdogan: Katakan Tidak Kepada Israel!

Dalam usahanya untuk memulihkan hubungan baik dengan Turki, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu  meminta Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan agar melupakan peristiwa yang telah berlaku antara mereka dan kembali memperbaharui hubungan Israel-Turki.

Tahun lalu, Netanyahu sendiri telah mengarahkan tentera laut Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas aktivis Turki yang berada dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza. Pelayaran itu bermatlamat untuk menunjukkan penyatuan bersama 1.6 million penduduk Gaza yang dikepung atas keberanian mereka untuk cuba membebaskan diri mereka daripada penindasan dan penaklukan kejam Yahudi-Zionis. Sekurang-kurangnya hanya 9 orang Turki telah dibunuh dengan kejam. Israel masih belum memohon maaf bagi pembunuhan yang mengerikan ini. Sesetengah pihak berkuasa dalam kumpulan Ortodoks Rabbinik tidak mengiktiraf orang bukan Yahudi sebagai manusia sepenuhnya dan melihat kehidupan mereka sebagai tidak suci, terutama apabila dibandingkan dengan orang Yahudi.

Tidak syak lagi bahawa Israel telah benar-benar salah dalam mengira apakah reaksi Turki terhadap gangguan tidak beradap Israel ke atas hal ehwal dalaman Turki dan juga perlakuan-Nazi Israel pada suatu ketika dahulu (dan sebenarnya masih lagi berlanjutan sehingga kini) dalam mentadbir rakyat mereka sendiri termasuklah jiran mereka terutamanya di Semenanjung Gaza dan Selatan Lubnan.

Di Turki pula, Israel cuba untuk melemahkan Parti Keadilan dan Pembangunan yang diketuai oleh Erdogan dengan mengarahkan cabang pro-Zionis Masonik supaya menjejaskan kestabilan kerajaan. Ia juga telah cuba menghasut institusi tentera yang mempunyai sejarah sekular yang panjang supaya melawan para pemimpin kuasa-Islam yang baru. Dalam beberapa kejadian, ejen Israel turut menyuruh beberapa pegawai tinggi Turki untuk mengingkari dan cuba membatalkan kerajaan mereka.

Turki pernah membuat beberapa usaha gigih untuk menjadi pengantara Israel dan beberapa buah negara jiran Israel.  Namun, daripada melalui jalan damai, Israel tanpa belas kasihannya sering cuba mencari jalan untuk menghapuskan beribu-ribu rakyat Lubnan dan Palestin. Pendekatan genosid terhadap golongan ini yang didakwa oleh Israel sebagai pihak yang diingini bagi tujuan damai pernah sampai ke suatu tahap yang tinggi pada 2008-09 apabila tentera laut dan udara Israel menjalankan serangan kilat terhadap Semenanjung Gaza. Mereka membunuh, membakar  dan mencacati ribuan penduduk. Serangan ini turut memusnahkan sepuluh ribu buah rumah di seluruh wilayah pantai itu.
Kurang dari dua tahun sebelumnya pula, Israel telah menjatuhkan antara 2 ke 3 juta bom tandan ke atas selatan Lubnan menyebabkan kerosakan tidak terhitung banyaknya.
Di bawah piawaian Yahudi Israel, jumlah ini hanyalah setengah daripada
holokus. Seseorang tidak perlu menjadi seorang ahli matematik yang hebat untuk mengira bahawa 2-3 juta bom boleh membunuh atau mencacatkan 2-3 juta kanak-kanak.

Pada masa kini, semua pembunuhan lucah dan kemusnahan yang dikenakan oleh mesin perang Israel ke atas orang awam pada dasarnya tidak berdosa, tidak berdaya dan tidak dilindungi dipertontonkan di kaca-kaca televisyen di seluruh dunia.  Antara penonton yang telah mempunyai “masa yang indah” menonton orang-orang yang berdegar-degar menggelarkan diri mereka sebagai “cahaya atas semua bangsa” sedang ‘menikmati’ kanak-kanak Palestin dan Lubnan adalah – 75 million penduduk  Turki. Penonton ini melihat bersama gelora kemarahan yang meluap-luap apabila saudara seagama mereka di Gaza dan selatan Lubnan disembelih seperti biri-biri sedang emulator daripada Reich Ketiga  menjerit Terror! Hamas! Auschwitz dan sikap anti Yahudi.

Sikap barbarianism Israel bukanlah satu perkara yang telah lampau waktunya. Israel terus-terusan melakukan jenayah yang sebenar terhadap rakyat Palestin setiap minit, setiap jam, dan setiap hari. Jenayah adalah modus operandi Israel dan ketidakjujuran adalah dasar utama negara itu.

Datuk saya adalah seorang pegawai dalam tentera Ottoman.Beliau  berpandangan bahawa negeri Uthmaniyyah adalah negeri kami [Palestin] dan Sultan Uthmaniyyah sebagai Sultan kami. Kesetiaan beliau kepada negeri Uthmaniyyah merupakan sebahagian daripada kesetiaan yang tidak dapat dipisahkan kepada Islam.  Pada tahun 1953, tentera Israel yang baru ditubuhkan telah membunuh tiga orang bapa saudara saya; pak cik Hussein, pak cik Mahmoud dan pak cik Yousuf hanya dalam satu hari. Dan sehingga saat ini, negara Israel tidak pernah berkata ‘maaf’. Nampaknya “Mea culpa” tidak wujud dalam bahasa Ibrani. Bilakah Israel akan menzahirkan penyesalan sebenar mereka malah memohon maaf kerana jenayah itu?

Hari ini, Israel tidak melepaskan peluang untuk ‘memenggal’ apa-apa sahaja peluang yang difikirkannya sebagai jalan yang mengundang kepada proses keamanan. Di Tebing Barat, Israel membenarkan samseng Nazi mereka, juga dikenali sebagai ‘peneroka’, untuk mengganggu, menganiaya dan membunuh penduduk kampung dan petani Palestin yang tidak bersenjata dalam usaha memaksa mereka meninggalkan tanah air nenek moyang mereka.  Malah, samseng pembunuh dari Rusia, Amerika Utara dan Eropah Timur ini menyerang dan membakar masjid secara rutin, dengan pemikiran bahawa perbuatan mereka akan menyenangkan yang Maha Berkuasa [Tuhan].

Yang lebih penting lagi, Netanyahu masih mengekalkan pengepungan keji Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menghalang bahan binaan daripada memasuki wilayah pantai itu.  Ini menunjukkan bahawa Israel bukan sahaja memusnahkan rumah-rumah penduduk, ia juga menghalang mereka daripada membina semula rumah mereka.

Israel tidak mahu memulihkan hubungan dengan Turki supaya Turki akan dapat pengaruh tertentu atau membantu dalam usaha damai yang mana tidak pernah disia-siakan Israel sebagai peluang untuk memusnahkan dan membunuh.  Sebenarnya, Israel hanya ingin menggunakan hubungan dengan Turki untuk mengimbang lawan realiti politik baharu dunia Arab, terutamanya Mesir. Yang lebih penting lagi, Israel berharap agar apabila Israel melakukan genosid di Gaza atau di tempat lain pada masa hadapan, Turki akan menunjukkan kemarahan yang minimum di hadapan masyarakat awamnya. 

Saya tahu saya tidak berhak untuk campur tangan dalam hal ehwal negara yang berdaulat. Walau bagaimanapun, Turki bukanlah sebuah negeri yang lain, dan Palestin bukanlah sebuah kaum yang lain. Oleh itu, saya ingin mengingatkan saudara saya Recep Teyyip Erodogan supaya tidak ditipu oleh penipu patologi di Pendudukan Jerusalem – yang berpendapat bahawa berbohong adalah dasar terbaik terutama dalam menangani ‘Gentiles’ yang “malu-malu” ini yang mana diwujudkan oleh Yang Maha Kuasa semata-mata untuk berkhidmat kepada Ketua Semua Bangsa!!!

Tuan, janganlah terpujuk atau tertipu oleh si Pembohong ini yang mengamalkan pendustaan seperti sekerap mana dia menghirup oksigen kehidupan, termasuklah para menteri beliau yang benar-benar membenci Turki dalam hati mereka, terutamanya Turki yang menghargai nilai kebenaran, kebebasan dan keadilan.

Disunting dari tulisan Khalid Amayreh, berasal dari Palestin, seorang jurnalis yang berpangkalan di Dura, di daerah Hebron. (Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts