Syeikh Solah Digeruni Zionis Israel

Syeikh Solah dengan nama penuhnya iaitu Solahuddin Mustafa Muhammad Ali Syahadah dilahirkan di Beit Hanun, Utara Semenanjung Gaza pada 25 Februari 1952. Keluarganya berpindah ke Gaza setelah tentera regim Zionis menjajah kota itu pada 1948.

Tamat sekolah menengah beliau mendapat tawaran dalam bidang perubatan di Turki dan bidang kejuruteraan di Rusia. Namun keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan menyebabkan beliau tidak dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Ijazah Sarjana Muda di Mesir menjadi destinasi pilihan. Kembalinya dari Mesir, beliau membangunkan dakwah di Gaza sambil menjadi peneliti sosial di El ‘Arish, Sinai.

Pada 1982, Syeikh Solah beliau berpindah ke Jabatan hal Ehwal Mahasiswa, di Universiti Islam Gaza. Namun dua tahun kemudian, beliau ditangkap zionis kerana cubaan menghidupkan aktiviti melawan regim pengganas zionis.

Kisah Penjara dan Seksaan

Keaktifan beliau bersama HAMAS, menjadikan penjara zionis adalah rumah singgahan sehingga tahun 2002. Beliau pernah diasingkan dalam sel khas selama berminggu-minggu. Sel khas tersebut sempit dan rendah dan menyukar untuk beliau baring. Kegelapan sel tersebut hinggakan jari beliau tidak mampu dilihat.

Seksaan demi seksaan tidak melunturkan perjuangan dan semangat. Senyuman terus utuh, zikir terus berzikir mengingati Allah. Kekuatan dalaman yang dimiliki beliau mempengaruhi para tawanan lain gentar dengan pegawai penjara zionis!

Pegawai penjara kecut hinggakan memaksa pihak atasan mengeluarkan syeikh Solah dari penjara untuk mnegelakkan beliau mempengaruhi tawanan yang lain.

Janggut dan kuku beliau dicabut oleh regim. Namun kuasa Allah, beliau tidak merasa sakit dengan seksaan tersebut.

Benjamin Ben Elizer, seorang menteri negara haram menganggap syeikh Solah adalah musuh Israel yang paling dikehendaki selain Imad Aqil, Yahya Ayyasah dan Mahmud Abu Hanud..

Dalam satu wawancara beliau dengan wartawan Filistin al-Muslimah, beliau ditanya apakah perkara yang paling berbahaya pernah dihadapi sepanjang jihad pembebasan Baitul Maqdis.

Jawab syeikh, tidak ada bahaya yang mengancam pejuang selama mana mereka bercita cita untuk syahid. Bahaya sebenar adalah ketika tidak melaksanakan jihad.

Apakah pesanan syeikh terhadap penjajah Israel?

Terus terang saya katakan, kami tidak hauskan darah mereka, kami rindukan dimana kami tidak melihat mereka di tanah suci Palestin. Kami ingin melihat hari dimana mentari bersinar, sementara Palestin tidak mengalami jerih payah dijajah, rakyat bebas dan hidup terhormat kerana tanah miliknya telah kembali.

Namun jika mereka terus zalim, maka mereka akan menanggung akibat darah yang mereka tumpahkan.

Kami tidak membunuh anak-anak, wanita dan pemuda mereka, tetapi kami ingin mendapatkan kebebasan kami meskipun mereka mengusir kami.

Apa yang mereka perlu tahu, setiap titis darah yang mereka tumpahkan tidak akan berlalu begitu sahaja tanpa serangan hendap. Dan adakalanya kami dibantai dan serang hendap terlewat, namun serangan itu pasti kami akan lakukan. Mereka harus berhati hati atas segala serangan yang kami lakukan selama mereka tidak keluar dari bumi Palestin.

Syeikh Solah dikenalpasti sebagai orang yang bertanggungjawab menubuhkan Briged al-Qassam. Beliau sekali lagi dihukum penjara selama 10 Tahun dengan tuduhan menjadi orang yang menggerakkan sayap ketenteraan HAMAS dan Biro Penerangan di wilayah utara.

Setelah menjalani tempoh tambahan selama 20 bulan, syeikh Solah dibebaskan dengan bersyarat. 14 Mei 2022, adalah hari beliau dibebaskan penuh.

Kebebasan itu sementara kerana sang zionis terus berdendam.

Kematian Syeikh Solah

13 Julai 2002, pesawat F-16, menjatuhkan bom di sebuah kampung yang diduduki oleh Syeikh Solah! Satu tan bom digunakan hingga meranapkan bangunan sekitar. Kawah yang besar terbentuk.

Syeikh Solah syahid bersama anak dan isteri. 16 rakyat Palestin turut terkorban dalam serangan tersebut.

Ariel Sharon menyatakan kejayaan besar terhadap Zionis Israel denganb kematian beliau.

Sememangnya, si Zionis ini gerus dengan manusia bernama Solah!

Sumber : Hadis Palestin, Tulisan : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts