Tahanan Al-Salhi meninggal dunia akibat cedera ditembak beberapa minggu lalu

BEIT LAHM, 3 Sep 2017 — Tahanan Raed al-Salhi, 21, meninggal dunia akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis di kem pelarian Dheisheh pada 9 Ogos lalu.

Beliau meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Hadassah di Ein Karem.

Ketika kejadian di kem Dheisheh, Raed cedera dan dibiarkan berdarah untuk tempoh yang lama. Rakannya Aziz Arafeh turut cedera ditembak di bahagian kaki.

Sejak kejadian, mereka berdua ditahan di Hospital Hadassah dengan kawalan ketat di mana keluarga mereka tidak dibenarkan melawat. Raed berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi, bagaimanapun Aziz dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts