Tahanan mogok lapar akan dipindah semula ke penjara asal

RAMALLAH, 29 Mei 2017 (PIC) — Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan hari ini mendedahkan butiran yang telah dipersetujui oleh pihak penjara Zionis sebagai memnuhi tuntutan tahanan mogok lapar.

Dalam persetujuan yang dipanggil “Perjanjian Ashkelon” itu, para tahan mogok lapar mengisyhtihar bahawa mereka menggantung mogok setelah berlarutan selama 41 hari.

Persetujuan tersebut termasuk membenarkan lawatan keluarga secara berkala, memudahkan syarat-syarat lawatan, memansuhkan larangan melawat ke atas ribuan ahli keluarga tahanan dan lebih 140 kanak-kanak yang tidak pernah dibenarkan melawat ibubapa mereka dikurung selama ini.

Menyentuh tentang tahanan wanita, rejim Zionis bersetuju untuk mengumpul mereka di penjara Sharon, membekalkan peralatan kraftangan, menyediakan sistem khas untuk membawa mereka ke mahkamah, dan menyediakan pengawal wanita untuk memeriksa mereka. Sebelum ini, mereka diperiksa oleh pengawal lelaki.

Para tahanan juga menuntut supaya keadaan kurungan diperbaiki dan mereka diberi kemudahan pendidikan dan pemindahan terutama bagi kanak-kanak. Mereka turut mendesak diadakan perubahan radikal ke atas kualiti makanan dan kantin penjara serta membekalkan peralatan sukan di perkarangan penjara.

Rejim juga bersetuju menyelesaikan isu kesesakan dalam penjara, menyediakan sistem penghawa dingin serta ambulan yang lengkap dengan peralatan.

Para tahanan mendesak supaya dipindahkan ke penjara yang berdekatan dengan tempat tinggal keluarga mereka. Pihak penjara juga akan menghentikan operasi serbuan dan pemeriksaan pada waktu malam. Tahanan yang telah dipindahkan pada awal kempen mogok lapar akan dipindahkan semula ke penjara asal.

Pihak Zionis mereka turut bersetuju dengan mekanisma untuk meneruskan perbincangan lanjut yang akan bermula sejurus selepas para tahanan menghentikan mogok.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts