Tahanan Palestin Di Penjara Israel Terus Dianiaya

25 Mei – Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan pada hari Isnin (24/5) mengutuk kelulusan Mini-Kabinet Israel pada hari Ahad atas peruntukan ‘Shalit Law Bill ‘, yang menetapkan langkah-langkah lebih keras ketika dalam penahanan terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.

Al Mezan menyeru untuk memperhebat usaha-usaha antarabangsa bagi menghapuskan undang-undang ini kerana melanggar hak asasi manusia terhadap tahanan Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut Peraturan Standard Minimum untuk Perlakuan terhadap Tahanan dan hak-hak dasar para tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.

Undang-undang baru tersebut, yang dikuatkuasakan pada hari Ahad lalu, menghalang tahanan Palestin dilawatai oleh peguam dan keluarga dan menyekat lawatan oleh wakil-wakil Palang Merah sekali pada setiap tiga bulan. Undag-undnag itu juga menghalang hak tahanan untuk meneruskan pendidikan mereka di penjara dan melarang tahanan dari menonton televisyen, membaca buku dan majalah, dan penggunaan perkhidmatan kantin. Menurut undang-undang ini, tahanan Palestin perlu akur pada tempoh kurungan yang tidak terhad sebagai prosedur hukuman.

Dalam RUU ini juga, dan jika diluluskan oleh Knesset Israel, tahanan Palestin akan menjadi tebusan di mana kerajaan Israel boleh memberi tekanan kepada mana-mana fraksi Palestin dan tahanan boleh digunakan sebagai tawar-menawar untuk menekan mereka.

Menurut kajian dari seorang penyelidik yang mengkaji isu-isu tahanan, Abduel Nassir Farwana, ada sekitar 7,000 tahanan Palestin yang berada di penjara-penjara Israel dan pusat-pusat tahanan. 735 daripada mereka adalah dari Jaluran Gaza. Sejak tahun 2006, keluarga di Gaza belum dapat melawat kaum kerabat mereka di penjara-penjara Israel. Meskipun Israel menerima kecaman antarabangsa dari pelanggaran Israel terhadap tahanan Palestin, Israel tetap meneruskan pelanggaran terhadap mereka. Tindakan Israel jelas menunjukkan pengabaian Israel terhadap komuniti antarabangsa dalam memenuhi kewajipan undang-undang di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Al Mezan menekankan hak yang yang wajar diterima oleh para tahanan dalam menikmati hak-hak mereka, terutama hak untuk mendapatkan pengadilan yang adil, hak ekonomi, sosial dan budaya, dan hak untuk tidak dikenakan penyeksaan dan penganiayaan. Selain itu juga menekankan hak tahanan untuk berkomunikasi dengan orang-orang luar penjara, termasuk hak mereka untuk menerima lawatan keluarga. (PAN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts