RAMALLAH, 8 Ogos 2016 (PIP) — Pasukan keselamatan khas Zionis malam tadi menyerbu masuk Seksyen 13 penjara Negev dan menyerang tahanan Palestin di situ.
Seramai 120 tahanan telah dipindah keluar.
Rejim Zionis bimbang kempen mogok lapar yang dilancarkan oleh para tahanan pentadbiran, yang ditahan tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan, akan merebak ke seluruh penjara Zionis.