Tayyip Erdogan: Israel Memberi Ancaman Kepada Keamanan Dunia

This is the Zionist meaning of "PEACE"!
This is the Zionist meaning of "PEACE"!

“Langkah-langkah yang di ambil oleh Israel dengan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat Palestin memberi ancaman kepada keamanan dunia.” Demikian kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada para wartawan ketika beliau dan dan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri mengadakan kenyataan akhbar bersama pada Isnin (11/1) yang lalu.

Salah satu sumber media di Israel, akhbar Yediot Aharanot melaporkan salah satu ucapan Erdogan, “Israel harus segara menghentikan pelanggaran kedaulatan udara Lubnan dan berhenti untuk masuk ke perairan Lubnan, kita tidak akan pernah tenang dan merasa damai dengan sikap Israel.”

“Sungguh Israel tidak akan pernah berhenti melawan rakyat Palestin sehinggalah benar-benar Palestin menjadi milik mereka. Justeru mereka tidak akan mahu menerima resolusi Majlis Keamanan PPB dan tidak akan pernah mematuhinya,” kata Erdogan selanjutnya.

Beliau juga mempersoalkan, “Apa alasan Israel mengebom 3 orang rakyat Palestin di Jalur Gaza Ahad lalu (10/1) dengan hanya berdalihkan, bahawa di Gaza tersimpan bom-bom yang mengancam Israel. Padahal kita ketahui bersama, tidak ada sama sekali bom di sana?”.

Erdogan kembali menegaskan, “Israel akan terus membunuh rakyat Palestin, dengan segala kekuatan yang dimilikinya. Dan selama itu juga Israel akan mengancam keamanan dunia”.

Erdogan juga meminta kepada Majlis Keamanan PPB untuk memberi tekanan ke atas perkembangan nuklear Israel sebagaimana Iran yang sentiasa ditekan. (imo/sn/jey/era)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts