Tentera regim bersedia lancarkan operasi darat di Lubnan

Ketua IOF memaklumkan pihaknya bersiap siaga untuk melakukan serangan darat di Lubnan selepas melancarkan bedilan bertubi-tubi dari udara.

“Anda mendengar deruan jet pejuang di ruang udara, kita telah melancarkan serangan sepanjang hari.

“Ia adalah langkah mempersediakan keadaan di darat untuk kemungkinan anda memasukinya dan terus memerangi Hizbullah,” kata Jeneral Herzi Halevi kepada tentera Israel di kawasan bersempadan dengan Lubnan, menurut satu kenyataan pihak tentera itu.

Amerika Syarikat (AS) dan Perancis giat mengusahakan gencatan senjata 21 hari dalam menangani konflik semakin meruncing antara Israel dengan Hizbullah yang semakin dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih meluas di Asia Barat.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pula menekankan bahawa ‘perang habis-habisan’ mesti dielakkan sama sekali.

“Marilah kita menyatakan dalam satu suara yang jelas, hentikan pembunuhan dan pemusnahan. Tolak retorik dan ugutan. Berundur dari ‘tebing’ itu,” katanya kepada UNSC.

Dalam pada itu, Russia turut menggesa supaya pertempuran di Lubnan dihentikan segera

Sejak Isnin, 700 telah dibunuh oleh pesawat pejuang regim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts