Tentera Zionis bantu pembinaan apartmen Yahudi atas tanah wakaf sahabat Rasulullah SAW

AL-KHALIL, 4 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis membenarkan pembinaan bangunan apartmen tinggi bagi pendatang Yahudi di tengah pasar sayuran yang dikenali sebagai “al-Hisba” di Kota Lama al-Khalil.

Kenyataan Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, menyebut bahawa tanah tersebut adalah milik Yahudi sebelum tertubuhnya negara haram Zionis.

Hakikatnya, kawasan pasar tersebut ditutup berikutan insiden pembunuhan beramai-ramai jemaah solat Subuh di Masjid Ibrahimi oleh pelampau Yahudi Baruch Goldstein pada tahun 1994. Ia merupakan tanah yang diwakafkan oleh seorang sahabat Rasulullah SAW, Tamim bin Aws ad-Dari.

Tentera Zionis mendakwa projek penempatan pendatang Yahudi di situ tertangguh sejak 20 tahun lalu atas sebab-sebab perundangan. Namun penasihat undang-undang tentera, Itai Ophir, telah merangka satu hujah perundangan yang buat pertama kali membenarkan pembinaannya diteruskan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts