Tentera Zionis culik 23 penduduk Palestin

BAITULMAQDIS, 23 Apr 2018 — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin di rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi.

Tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah di kawasan Jenin dan menculik lima penduduk termasuk dua-beradik bekas tahanan politik, Ahmad Mohammad Sa’adi dan Noureddin.

Di Qalqiliya, dua lagi pemuda Mohammad Zoheir Eshteiwi dan Mahmoud Abu Tayyim, diculik selepas tentera menyerang dan mencederakan mereka.

Manakala di Baitulmaqdis, tentera Zionis menyerbu bandar al-Issawiya dan kem pelarian Shu’fat serta menggeledah rumah sebelum menculik sembilan penduduk.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts