Tentera Zionis culik 28 penduduk Palestin

RAMALLAH, 11 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 28 penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam sehingga awal pagi tadi.

Dua orang diculik dari daerah al-Khalil, iaitu Mahmoud Muhammad Amr dan Samer Ahmad Matar. Tentera Zionis turut merampas sejumlah wang tunai dan emas dari rumah Samer.

Sementara di Beit Lahm, tentera Zionis menculik seorang pemuda, Hani al-Seifi. Seorang lagi penduduk, Imad Ghaleb Abu Haniyeh, diculik dari Qaldiliya, manakala Abdullah Lutfi Khlouf diculik dari Jenin.

Enam yang lain diculik dari Ramallah dan al-Bireh iaitu Mahmoud Said Shreiteh, Fayiz Samir al-Tirawi, Zeidan Adnan Ibrahim Khattab, Islam Wajih Hasanein dan Amer al-Tirawi.

Di Nablus pula, 11 orang diculik iaitu Malik Bilal Ishtayyeh, Mahmoud Saqer Assideh, Muath Bilal Ishtayyeh, Baraa Issam Rihan, Mahmoud Mustafa Assideh, Qutaiba Muhammad Assideh, Yasser Bilal Yamin, Omar Imad Rihan, Majd Bilal Ishtayyeh, Jamal Ahmad Ayyoub Assideh dan Abed al-Rahmad Muhammad Shahhad.

Dalam kejadian di Tubas, tentera Zionis menculik empat beradik Ahmad, Muhammad, Mahmoud and Yaqoub Radwan Daraghmeh.

Tiga lagi penduduk diculik dari Tulkarem iaitu Bassel Rida Marie, Imad Muhammad Ahmad Usba and Mutaz Sidqi Ikbariya.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts