Tentera Zionis culik 33 penduduk Palestin

NABLUS, 6 Mac 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik 33 penduduk Palestin dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Di Nablus, tentera memecah masuk beberapa buah rumah penduduk di bandar Sebastia sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk. Beberapa orang pemuda ditahan sehingga beberapa jam dan diugut tembak sekiranya mereka mengibarkan bendera Palestin di sebuah tapak arkeologi di bandar tersebut.

Seorang pemuda ditangkap setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya di kem pelarian Jenin. Tentera memasang sekatan di timur kota Jenin di mana mereka menahan dan memeriksa kenderaan penduduk.

Di al-Khalil, tiga penduduk diculik dari bandar Beit Ummar manakala dua yang lain termasuk seorang bekas tahanan dan warga emas berumur 77 tahun ditahan di Qalqilia.

Empat orang ditahan dari Beit Lahm, enam dari Tulkarem dan dua lagi dari Ramallah. Sekurang-kurangnya seorang ditangkap dari kota al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts