RAMALLAH, 10 Ogos 2017 — Sekumplan 50 kenderaan peronda Zionis mengiringi buldozer menyerbu masuk perkampungan Deir Abu Mishall dan menyekat laluan di situ, sebelum meroboh dua buah rumah penduduk Palestin.
Mereka merobohkan rumah keluarga syuhada Baraa Ibrahim Ata dan Osama Ahmed Ata, serta memaksa keluarga yang tinggal berdekatan rumah syuhada Adel Ankoush mengosongkan rumah mereka. Rumah tersebut telah disita sementara menunggu perobohan.
Tentera menyerang penduduk yang membantah perobohan tersebut dengan tembakan peluru getah, menyebabkan dua pemuda cedera.
Dalam kejadian lain, tentera Zionis turut meroboh rumah keluarga tahanan Malek Hamed di bandar Silwad di utara Ramallah.
Malek dituduh melanggar sehingga terbunuh seorang askar Zionis berdekatan kawasan penempatan haram Ofra pada 6 April lalu.
Tentera menyerang penduduk yang cuba menghalang dengan tembakan peluru hidup, serta menangkap seorang pemuda dan merampas kenderaanya.
(PIC, Maan)