Tentera Zionis tembak mati bekas tahanan

AL-KHALIL, 14 Apr 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini menembak mati bekas tahanan Ibrahim Baradiya, 50, di jalan masuk kem pelarian al-Aroub selepas disyaki cuba menyerang seorang askar.

Pihak tentera yang mendakwa Ibrahim cuba menyerang dengan menggunakan sebilah kapak, menghalang penduduk dan ambulan Palang Merah Palestin daripada mendekati mangsa untuk membantu. Mereka kemudiannya menutup semua laluan masuk ke kem serta mengerahkan lebih ramai tentara berkawal di kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts