Tentera Zionis usir kanak-kanak perempuan ke Gaza tanpa maklumkan ibubapanya

GAZA, 1 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis mengusir kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun, yang hanya dikenali sebagai Ghada, dari Tebing Barat ke Gaza tanpa memaklumkan ibubapanya.

Ghada ditangkap oleh tentera Zionis pada 13 Januari lalu, kerana berada di Baitulmaqdis tanpa membawa dokumen permit. Ketika kejadian, Ghada sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi makciknya di Issawiya, Timur Baitulmaqdis.

Ghada dilahirkan di Ramallah dan tinggal bersama keluarganya di Al-Ram, Tebing Barat. Bapanya dilahirkan di Gaza. Apabila Ghada dilahirkan, pihak berkuasa Zionis mendaftar alamatnya di Gaza. [Rejim Zionis mengawal proses pendaftaran penduduk Palestin di kawasan-kawasan yang dijajah.]

Selepas ditahan, Ghada diinterogasi dan ditahan untuk pendakwaan. Ibubapanya tidak pernah dimaklumkan sepanjang proses tersebut.

Ghada dikejutkan dari tidur pada jam 5:00 pagi, 15 Januari, dan diberitahu beliau akan dibebaskan di sekatan tentera Qalandiya yang tidak jauh dari kawasan rumahnya.

Bagaimanapun, pihak penjara Zionis membebaskan beliau dalam keadaan hari masih gelap di pintu lintasan Beit Hanoun di sempadan utara Gaza.

Menurut pertubuhan hak asasi HaMoked, sekitar 21,000 penduduk Palestin yang tinggal di Tebign Barat mempunyai pendaftaran alamat di Gaza. Rejim Zionis enggan mengemaskini alamat mereka, bahkan menganggap mereka sebagai ‘penduduk haram’ kecuali jika mereka mendapatkan permit khas dari tentera Zionis untuk menetap di Tebing Barat.

Tahun lalu, seramai 27 penduduk Palestin dari Tebing Barat diusir pindah ke Gaza.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts