GENEVA, 26 Julai 2018 — Tindakan badan bantuan PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) ke atas 965 pekerjanya di Gaza, termasuk menukar 570 pekerja tetap sebagai pekerja kontrak separuh masa dan memindahkan 270 lagi ke program-program lain mengeruhkan lagi keadaan penduduk Gaza.
Menurut maklumat pertubuhan hak asasi Euro-Mediterranean Human Rights Monitor (Euro-Med) yang berpengkalan di Geneva, pekerja-pekerja yang dipindahkan akan ditamatkan kontrak mereka pada akhir tahun ini.
Jurucakap Euro-Med, Sarah Pritchett, mendakwa sekatan politik dan ekonomi ke atas Gaza kini telah sampai ke kemuncaknya sehingga meimbulkan krisis kemanusiaan yang tidak pernah terjadi, di mana kadar pengangguran mencapai lebih 56%.
Tindakan UNRWA sangat sukar diterima oleh keluarga yang terjejas, sehingga ada yang jatuh pengsan mendengar berita buruk itu.
(PIC)