UAE sah normalisasi penuh dengan rejim Zionis

ABU DHABI, 14 Ogos 2020 — Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed bin Zayed, hari ini mengesahkan bahawa negaranya telah menjalin hubungan diplomatik penuh secara rasmi, atau normalisasi, dengan rejim penjajah Zionis.

Terdahulu Presiden Amerika, Donald John Trump, mengumumkan perkara tersebut melalui laman Twitter beliau. Tulisan Trump pada jam 5:50 petang semalam berbunyi, “Kejayaan besar hari ini! Perjanjian Damai bersejarah di antara dua rakan hebat, Israel dan Emiriah Arab Bersatu!”

Dalam kenyataan melalui Agensi Berita Emiriah (WAM), Mohammed menyatakan bahawa kesepakatan telah tercapai antara rejim Zionis, Amerika dan UAE supaya rancangan pengilhakan wilayah Tebing Barat akan ditangguhkan hasil normalisasi ini. UAE dan rejim Zionis juga sepakat untuk merumus pelan tindakan yang akan melicinkan kerjasama dalam hubungan dua hala.

Rejim Zionis juga dikatakan bersetuju memberi akses yang lebih luas kepda umat Islam untuk berkunjung ke Masjid al-Aqsa, dan membenarkan mereka terbang terus dari Abu Dhabi ke Tel Aviv.

Delegasi dari rejim Zionis dan UAE akan bermesyuarat dalam beberapa minggu lagi untuk menandatangani perjanjian berkaitan pelaburan, pelancongan, penerbangan langsung, keselamatan, komunikasi dan isu-isu lain. Kedua-dua pihak juga dijangka bertukar duta tidak lama lagi.

Sebahagian penganalisa menyifatkan pendirian pemerintah UAE yang bersepakat dengan pemerintahan Zionis dan Amerika menjelang pilihan raya, dengan mengorbankan hak-hak Palestin, merupakan satu pengkhianatan dan bakal memusnahkan negara mereka sendiri.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts