Berjuta-juta rakyat Palestin di Gaza menghirup udara beracun dan tercemar adalah satu bentuk hukuman “mati” maklum Anadolu
Doktor memaklumkan masalah terus meningkat dengan perlepasan bahan kimia yang dihasilkan oleh bom zionis termasuk debu runtuhan bangunan yang tidak berkesudahan di seluruh Gaza.
Krisis ini menjadi lebih jelas kelihatan apabila sistem kesihatan Gaza dipulihkan dan hospital kembali beroperasi serta dapat menjalankan ujian.
Pakar ENT, Dr Riyad Abu Syamala bimbang dengan peningkatan kecacatan semasa lahir termasuk kes kaser paru-paru.
Sejak 7 Oktober, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekod hampir sejuta kes jangkitan pernafasan di Gaza.
Yara Asi, seorang pakar pengurusan kesihatan menyifatkan angka sebenar adalah lebih besar daripada data semasa kerana ramai orang berada di pusat pelarian dan tidak mendapat akses kesihatan.
Asi menambah, merokok memberi kesan kepada penyakit paru-paru tetapi situasi berbeza di Gaza kerana majoriti tidak merokok. Mereka hidup di tengah-tengah runtuhan yang mempunyai habuk, asap dan bahan toksik yang tidak dapat dielakkan.
Hingga kini, Zionis telah menggugurkan lebh 70,000 tan bom dan 40 juta tan runtuhan di Gaza.