Amerika Syarikat menggunakan vetonya bagi menolak resolusi Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa -Bangsa Bersatu UNSC-PBB) bagi genjatan senjata di Gaza, Palestin.
Sebelum pengundian itu, AS telah mengeluarkan draf resolusinya sendiri.
Resolusi pada Selasa lalu, yang diusahakan Algeria selama tiga minggu, menuntut genjatan senjata kemanusiaan segera yang mesti dihormati semua pihak. Namun resolusi AS tidak mempamerkan genjata segera.
Kata Duta Algeria, Amar Bendjama,”draf resolusi itu akan mesej yang kuat kepada rakyat Palestin, namun UNSC gagal sekali lagi”. Tambah beliau lagi, periksa hati nurani anda, bagaimana sejarah akan menilai anda.
Riyad al-Mansour, Duta Palestin ke PBB menyifatkan tindakan AS sebagai melulu dan bahaya.
Duta AS ke PBB, Linda Thomas memaklumkan “kami tidak boleh menyokong resolusi yang akan meletakkan rundingan sensitif dalam bahaya”.
China, Rusia serta sekutu AS seperti Perancis, Malta dan Slovenia mengkritikan tindaksan AS.
Duta Slovenia menyokong resolusi itu dan menyifatkan penderitaan rakyat Palestin melangkaui apa yang dialami manusia.
HAMAS menyelar tindakan AS dengan yang terus memberi lampu hijau untuk aktiviti genosid oleh rakan baiknya, regim Israel.
Undian ini dibuat ketika Israel bersedia melancarkan operasi ke bandar Rafah yang menempatkan 1.4 juta orang. Ketika undian dibuat, pihak regim sudah pon melancarkan serangan terhadap bandar Rafah meskipon dikategorikan sebagai “bandar selamat”.
Penulis : Kapsul Baitul Maqdis