[Video] Ahmad Manasra disiksa berterusan sejak 7 bulan lalu

AL-QUDS, 11 Mei 2016 (Silwanic) — Mahkamah Daerah Zionis di al-Quds Selasa lalu menyabitkan Ahmad Saleh Masnasra, 14, bersalah dalam “dua kesalahan cuba membunuh dan membawa pisau” dengan merujuk kepada insiden dua pendatang Yahudi tercedera di kawasan penempatan haram Yahudi Pisgat Zi’ev Oktober lalu.

Peguam dari Kementerian Tahanan Palestin, Tarek Barghouth, menjelaskan bahawa berlaku percanggahan dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut, yang tidak mengambil kira fakta sebenar.

Mahkamah dijangka akan menetapkan hukuman ke atas Ahmad Manasra pada 11 Julai akan datang.

Pada 12 Oktober 2015, Ahmad dan sepupunya Hasan berjalan melalui kawasan penempatan Yahudi Pisgat Zi’ev setelah meninggalkan sekolah mereka, yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Beit Hanina.

Beliau ditangkap dalam keadaan parah berdarah di atas jalan setelah dilanggar dan diserang oleh pendatang Yahudi. Beliau juga dimaki hamun ketika terlantar kesakitan, tidak diberikan apa juga rawatan sungguhpun berada dalam keadaan kritikal.

Selepas beberapa hari terkantar di Hospital Hadassah Ein Kerem, beliau dipindahkan ke institusi Zionis “Yarka” di kota Akko. Institusi ini merupakan pusat tahanan, di mana kanak-kanak yang ditangkap atas kaitan keselamat dipenjara dan dilayan dengan kaedah yang berbeza daripada tahanan-tahanan lain.

Hanya orang-orang tertentu yang dibenarkan melawat ke institusi ini, dan para tahanan tidak dibenarkan keluar walaupun di musim perayaan. Ahmad Manasra ditahan di sini selama tiga bulan.

November lalu sebuah rakaman video tersebar luas, menunjukkan bagaimana tiga penyiasat Zionis cuba mendapatkan pengakuan bersalah dari Ahmad Manasra melalui proses interogasi dengan penuh tekanan dan penyeksaan. Penyiasat menjerit-jerit, memaki hamun dan mengherdik untuk menghasut atau menakut-nakutkan remaja hingusan itu.

Dalam sesi interogasi, mereka menayangkan rakaman video Ahmad Manasra dan sepupunya Hasan untuk membuatkan beliau mengaku telah membuat serangan ke atas pendatang Yahudi. Ahmad Manasra menangis berlarutan sepanjang sesi interogasi, dan tetap menegaskan bahawa beliau tidak ingat apa-apa tentang insiden tersebut. Beliau terus disoal dan didesak sehingga beberapa jam dalam keadaan menangis.

Dalam kejadian yang melibat kecederaan dua pendatang Yahudi itu, sepupunya Hasan Khaled Manasra, 15, ditembak mati. Jenazah beliau masih ditahan oleh tenetra Zionis walaupun pihak mahkamah memutuskan supaya diserah kepada keluarganya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts