[Video] Penjaga Masjid Al-Aqsa Gagalkan Serangan Pelampau Yahudi

AL-QUDS, 26 Julai 2015 (PIP) — Kekerasan dan pertempuran sengit di Masjid Al-Aqsa bukan tercetus hanya apabila pasukan keselamatan Zionis mula bertebaran di masjid mulia itu pagi semalam.

Bahkan pertempuran sudahpun merebak ketika kelompok pelampau Yahudi yang menggelarkan diri mereka sebagai “pembela kuil” membuat seruan agar kaum Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa bagi merayakan apa yang mereka dakwa sebagai hari memperingati perobohan “kuil mereka”.

Kelompok Yahudi itu mendesak supaya rejim Zionis menutup masjid kepada semua orang Islam dan memberi laluan kepada kaum Yahudi untuk masuk melakukan ritual keagamaan mereka, sebagai langkah awal untuk membahagikan Al-Aqsa dan membangunkan semula “kuil mereka” di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa.

Setelah itu, sesuai dengan koordinasi dan kerjasama kuat di antara kelompok Yahudi tersebut dengan pasukan keselamatan bersenjata Zionis, mereka menyekat dan mengepung Masjid Al-Aqsa dan memasang pagar halangan kawat berduri di setiap pintu masuk dan melarang semua lelaki Palestin yang berumur di bawah 50 tahun daripada memasuki masjid.

Kekerasan Tidak Dapat Menghalang Usaha Berjaga (Ribat)

Namun kawat berduri dan prosedur keselamatan Zionis ini tidak sekali-kali dapat menghalangi warga Palestin untuk masuk ke dalam masjid dan menjaganya dari pencabulan Yahudi. Sepertimana dilaporkan Qpress, ratusan warga Al-Quds dan warga Palestin 1948 masuk ke masjid Al-Aqsa pagi semalam. Mereka menyahut panggilan ke Masjid Al-Aqsa bagi menghadang serbuan pelampau Yahudi, meskipun pagar kawat berduri dipasang di pintu-pintu masuk.

Mereka mendirikan solat di pintu-pintu masjid dan bertahan di sana, bersiap siaga mempertahankan masjid, sungguhpun Israel melakukan kekerasan terhadap mereka.

Sempat terjadi pertempuran di antara pasukan bersenjata Zionis dan warga Palestin, sehinggakan 16 warga Palestin tercedera, sebahagiannya dalam keadaan luka parah akibat tembakan gas pemedih mata dan grenad, serta tindakan kekerasan berlebihan. Seramai enam orang ditangkap.

Menteri Zionis Turut Menyerang

Untuk pertama kalinya sejak pemerintahan baharu rejim Zionis dibentuk, Menteri Pertanian Ore Urul turut menyerang Al-Aqsa bersama pelampau Yahudi. Namun mereka dihalang oleh para penjaga masjid (ahlu ribat) dan warga Palestin, dan akhirnya mereka beredar dari Al-Aqsa dalam keadaan tegang. Jumlah pelampau Yahudi yang menyerang hingga mencapai 323 orang.

Merosakkan Musolla Qibli Masjid Al-Aqsha

Ketua Bahagian Manuskrip Masjid Al-Aqha, Ridwan Amr, menyebut bahawa sejumlah tingkap musolla Al-Qibli (berkubah hijau tua) dirosakkan dan sebagian kemudahan lain dibakar. Namun pasukan pemadam kebakaran masjid segera memadamkannya.

Pegawai masjid turut mengalami tindakan kekerasan dari pasukan keselamatan dengan bucu senapang, gas pemedih mata dan senjata lain.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts